Kelas Tuisyen Percuma Sains dan Matematik (eKelas)

24 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Februari 2019, Sabtu yang lepas, seramai 51 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 6, Tingkatan 1 sehinggalah Tingkatan 5 telah menghadiri kelas Matematik dan Sains yang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Kg. Bandong.

Kelas tersebut bermula pada pukul 11:00 pagi dan berakhir pada pukul 6:00 petang mengikut jadual yang telah ditetapkan. Para pelajar berpeluang berinteraksi dengan guru dan mempertingkatkan lagi pengetahuan Matematik dan Sains melalui latihan dalam kumpulan yang diberikan oleh guru.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali